Dec 30, 2010

Luncur-luncur Salju

Weekend lepas aku pergi ke daerah lain di negara Jepun dengan tujuan nak main papan luncur salji atau nama kacaknya snowboard. Ni 1st time aku pergi naik kereta drive semata-mata nak main sukan extreme ni. Woohoo best gilak drive pakai chain semua. Lembab nak mampus kereta dibawa kat highway, 30km sebelum sampai destinasi lagi dah kena letih-letih sejuk bangat pasang chain. Tambah-tambah lagi ribut salji sepoi-sepoi bahasa mendatangkan kesan yang mendalam kat tulang sum-sum tubuh badanku. Geram jugak bila dah suka bawak lelaju tapi kena sabar je sepenuh masa.

Macam biasa bila dah drive bawak penumpang kena la bawak slow-slow. Lagi-lagi dengan chain bunyik macam tayar keretapi wap tunggu masa nak tercabut tayar je kalau bawak laju lagi. Tapi aku tak kisah tu semua. Yang penting tujuan utama nak meng'extreme'kan diri sebanyak boleh bila datang musim fuyuk begini. Nak tau fuyuk tu ape pergi baca blog ni latest post.

Apa-apa pun selesai sudah aktiviti kedua terakhir tahun ni. Masa snowboard aku dah berjaya lompat  bila-bila masa je dengan papan sewa mahal yang berat gila cuma landing tu kebarangkalian berjaya boleh kata 1:3 la kot.

Ni nak bagi nasihat sikit la. Belog aku kalau takde nasihat sikit-sikit macam tak sah je. Poyo la kan? Bajet bagus la kan? Lantak korang la nak ckp apa pon. Aku tak kisah la dey. Kalau main snowboard tapi tak power cam shaye baik pergi main sorang-sorang lagi bagus. Korang nak lompat suka hati pon tak malu. Tapi ada orang pon tak malu sangat. Rasanya banyak kali aku lompat-lompat kat tebing dengan tujuan nak landing baik tapi jatuh tergolek dog masuk timbunan salju yang nasib baik lembut berbudi bahasa. Tapi tu la, bila ada budak lain konon-konon tunjuk power lompat sopan tersipu-sipu je.

.....

Tapi tergolek dog gak.

Ok ok dah lah korang dah bosan baca banyak-banyak. Nah hadiah untuk mata dan telinga. Shaye yang 1st shekali tu macam beruk sikit. -.-
Asyik gambar macho je leceh la. K k cukup2.

Dah macam diari hidup da belog ni. Ah belog aku bukan belog korang pon. Yang request-request lagu tu nanti-nanti la k. Ececececeh.

Credit to Muaz amek video and upload kat youtube.

No comments: